Friday 30 March 2012

Kenapa?

Awak semua ucapkan "I Love You" kepada kekasih setiap hari. Tetapi kenapa anda tidak mampu ucapkan "Saya Sayang Mama Papa" walaupun sekali setahun?

Awak semua tidak berani menipu kekasih kerana takut ditinggalkan. Tetapi kenapa anda tergamak menipu Ibu Bapa anda?

Awak semua akan memberi ucapan atau hadiah kepada kekasih sempena anniversary, monthsary ataupun birthday. Tetapi kenapa anda tidak berbuat sedemikian semasa birthday Ibu Bapamu?

Anda kata kepada kekasih anda yang anda akan sentiasa berada di sisi dan akan sentiasa menemani mereka. Tetapi kenapa anda tidak berada di sisi Ibu Bapa di saat mereka sedang sakit, sedih dan memerlukan anda?

Anda takut akan kehilangan kekasih anda. Tetapi pernahkah anda berkata kepada Ibu Bapa anda, "Saya takut akan kehilangan Mama Papa?"

Anda kata kepada kekasih anda bahawa dialah segala-galanya, tanpa dia hidup anda tidak lengkap. Tetapi pernahkah anda katakan kepada Ibu Bapa anda, "Mama Papa adalah segala-galanya bagi saya. Tanpa Mama Papa, tiadalah saya di dunia ini melihat keindahan dan kebesaran Allah."

Anda sanggup menghabiskan berpuluh-puluh beratus-ratus ringgit wang anda kerana kekasih. Tetapi kenapa anda tidak memberikan wang kepada Ibu Bapamu ketika mereka sangat memerlukannya?

Ingatlah, kekasih boleh dicari ganti. Ibu Bapa? Tiada penggantinya. Kita hanya ada satu Ibu Bapa, tiada duanya. Hargai, sayangi dan berbaktilah kepada kedua Ibu Bapa selagi mereka masih hidup di dunia ini. SAYA SAYANG MAMA PAPA!!!!

No comments:

Post a Comment